1 JUN 2016-Aku sekalilagi diarahkan bertukar tempat bertugas. Dari Felcra Bukit Kapah, Kuala Berang, Terengganu ke Felcra Sungai Sepuluh Kluang, Johor.
Alhamdulillah termakbul juga hajatku untuk bertugas di Johor. Syukur juga yang tidak terhingga kerana aku dapat menetap di rumah ku sendiri di Kluang.
Semoga itu pertukaran yang terakhir sebelum aku bersara.
Isnin, 3 Oktober 2016
NOSTALGIA HAJI TAHUN 1994
Bapa ku Buang bin Mohd Said (tengah) bersama rakan karib sekampung beliau Abbas bin Daim. Moga kedua-duanya ditempatkan bersama syuhada & solihin, Ameen.
Tahun1994 kedua ibubapa ku telah pergi menunaikan Haji ke Makkah Al Mukarramah. Masa tu aku tak dapat menghantar mereka ke Lapangan terbang Subang kerana isteriku melahirkan anak ku yang ke dua - Nursyifaa'
BERBUDI KEPADA TANAH
Apabila petang je selepas balik kerja, aku akan pergi kebelakang rumah. Buat apa ..? Adalah sikit kerja yang tak akan habis-habis. Nak tau apa benda kerja tu..??
Haaa nak tau juga ...buat projek kebun dapur. Nak tau apa benda yang ditanam. Ada pokok kacang bende, lada besar, lada kecil, kacang botol, pegaga , pucuk manis ('asin-asin' kata orang utara) dan labu manis.
Nak tahu apa lagi yang ada dibelakang rumah aku tu..?? Ayam itek pun ada. Sehingga hari ini aku tak pernah beli beli telor. Telor masin yang aku dan keluarga makan adalah hasil dari belakang dapur ku. Kadangkala aku beri je kat jiran sebelah rumah. Kalau nak buat kuih aku guna je telor itek. Kalu anak aku teringin nak makan telor goreng aku ambilkan telor belakang dapur tu je. Bubuh kicap dan lada sulah ...wah bukan main selera mereka makan. Masak lemak cili padi pun menyelerakan.

Langgan:
Catatan (Atom)